Khamis, Mei 21, 2009

AKAN HADIRKAH KETENANGAN DALAM HATI JIKA MEMAAFKAN? DAN AKAN TERUBATKAH KELUKAAN JIKA MENGIKHLASKAN..?

Assalamualaikum...
Aku punyai sedikit masa untuk mencatat lagi hari ini... sementara aku menunggu seseorang.. Menunaikan tanggungjawabku sebagai saudara dan memberi sedekah buuat orang yang memerlukan...
Inilah antara yang DIA berikan aku sebagai ujian dalam hidup aku ini... untuk aku belajar tentang hidup dan kehidupan.. Hakikat dan kebenaran... Ilusi dan khayalan. Banyak lagi yang aku perlu lalui.. Di hadapan bukan satu atau dua tanggungjawab menanti ...banyak, masih banyak lagi.
Ketika ini aku tersedak berkali-kali... sesekali pula batuk kerana kesedakan itu. Aku seorang yang sentiasa punyai salah sangka... maka jika sesiap yang menyebut akan aku ini akan disebut oleh ALLAH pula... Namun aku bukanlah seorang yang kejam...hanya kerana kesedakan itu aku bisa menuduh sesuka
hati.. Biarlah, jika aku disebut sekalipun...semoga ia sesuatu yang baik dan benar... Dada aku juga berasa sakit dan pedih kerana batuk-batuk yang berpanjangan ini...
Sebenarnya pula kerana kesakitan dalam dadaku ini.... yang berlarutan berhari-hari. Kebetulan tangan kiri aku ini agak sakit dan lenguh-lenguh. Seperti berbuat suatu kerja yang berat... sedangkan apa yang kulakukan beberapa hari ini, hanya rutin biasa. Mungkin ini ujian dari Yang Esa... aku redha.
Aku ingin berkisah tentang semalam.... hati aku ini ketika ini berasa sedih, berdebar-debar dan begitu sayu.... lalu aku menghantar sms kepada dua orang teman... biarpun sebenarnya bukan dialah kurasakan terbaik untuk kuluahkan semua ini..
" Salam..........Saja saya ingin berkisah... tidak tau hendak memberitahu siapa. saya selalu berdoa Allah sabarkan hati saya ini. Tak tahulah mengapa malam ini hati ini berasa sedih dan sayu sahaja. Sudah lama tidak mengalami hal seperti ini. Mungkin ada yang tidak kena sahaja. Mengapa ya? Doakan saya.. Saya berasa tidak sedap hati 3-4 hari belakangan ini. Sebelum ini saya baik-baik sahaja... Hari ni saya marah tanpa sebab.. Anak-anak itu merajuk...sangat! Tidak tahu mengapa saya berasa susah hati.. Ketika beberapa masalah saya lalui dua hari ini... saya boleh bertenang..Saya rimas dengan apa sahaja yang saya buat... Ada rasa nak menjerit dan menghalau orang lain keluar dari bilik saya... Mujur saya dapat menahan perasaan saya ketika itu... Apa yang berlaku kepada saya ini? Saya benci keadaan saya ni walaupun saya tahu Allah tidak akan menguji hambaNYA di luar kemampuan hamba itu....tapi entahlah, dan saya rasa sangat tidak selesa......."
Jawab seorang teman :
"Bersabar sahaja lah... ALLAH menguji kepada hambaNYA yang mampu menghadapi. Semua inikan dugaan... Bersabar sajalah... Memang berat bahu yang memikul..."
Ringkas tepat dan padat.... kerana dia amat dekat denganku..
Jawab seorang lagi teman :
"Beristighfarlah... serahkan hati dan dirimu kepada ALLAH... Cari suatu tempat yang tenang dan renungkanlah punca mengapa dirimu sedemikian. Secara jujur ,..... rasa dikau tahu puncanya.. Janganlah nafikan punca itu..dan jujurlah kepada diri mu.. Sebenarnya hanya dikau yang tahu apakah yang membelenggu dirimu hari ini...."
Lembut memujuk dan menasihati .... kerana dia juga amat baik kepadaku..
Aku kira aku perlu menghadapinya... kerana aku bukan seorang lemah, atau penakut.. apatah lagi untuk menerima suatu hakikat.. Memang hakikatnya sesuatu itu bukan mudah. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Aku pasti setiap masalah akan ada penyelesaiannya... Bersabar itu adalah satu bahagiaan keimanan yang sebenarnya amat sukar dilalui... Mudah meniti di bibir tetapi adakah jika orang lain berada di tempat ini, mereka dapat melaluinya.. Mungkin boleh kerana ALLAH akan menguji hambaNYA dengan kemampuan yang ada dan DIA maha Mengetahui siapa kita sebenarnya. Mungkin di sebalik ujian ini tersembunyi rahmat yang berkekalan... InsyaALLAH.
Aku secara peribadi mengetahui puncanya... tetapi tidak seperti yang orang lain jangkakan... Hanya aku yang benar-benar memahaminya... Temanku itu juga tidak memahaminya.. Tidak mengapa kerana aku punyai sebab aku sendiri.
Aku tidak mahu ada titik hitam dalam hati aku ini...terus menutupi kesucian hati.. Ada yang bertanya, tidakkah aku bersedih, tidakkah aku berasa payah, tidakkah aku berasa gusar? Sebenarnya tidak... sebab aku sebenarnya redha... dan aku tidak perlukan simpati.. Yang aku perlukan hanyalah keampunan dari NYA yang maha penyayang dan maha mengampuni. Kerana dalam limpahan kasih sayang yang ada di sekelilingku, aku menzalimi diriku sendiri.. menganiayai amanah yang diberikan olehNYA ini..
.
Dalam hatiku ini ada beberapa titik hitam yang bernama marah, benci, dendam....hanya, hanya, hanya kerana beberapa potong ayat...hanya, hanya, hanya adanya kesombongan dan keangkuhan dalam perjalanan itu, dalam bicara itu... dan hanya, hanya, hanya rasa ketidakpercayaan antara satu sama lain.
Bukan aku tidak menyayangi... mengasihi sesama insan, namun apa yang amat aku sukai itu bukanlah mungkin yang terbaik untukku...
Di hatiku ini ada kemarahan dan kesakitan yang mencengkam...
Dalam hatiku ini ada kepayahan dan keperitan yang menghiris...
Di sudut hatiku ini ada kesakitan dan kebimbangan yang mengugat...
Di sisi hatiku ini ada kebosanan dan kejelekan yang menguris....
Dalam hatiku ini ada dendam dan kesumat yang mencucuk...
seperti semua titik hitam itu ada....
sedangkan dalam hatiku ini aku semai, bajai dan aku jaga agar...
Ada kasih sayang yang mencukupi...
Ada cinta yang menyerlah....
Ada kerinduan yang melimpah ruah...
Ada keredhaan dalam pasrah...
Ada tawakkal dalam kesungguhan...
Ada ketulusan dan kedamaian melitupi..
Ada taqwa dan iman yang sihat dan subur....
Atas segala yang dinamakan kebaikan.....
MENGAPA PERLU ADA TITIK-TITIK HITAM ITU?
Ya Allah, semoga KAU berikan aku taufik dan hidayah dalam melalui semua ini.... Aku tidak mahu kesakitan itu mengurung hati aku kepada keikhlasan, ketulusan dan kesucian hati ini. Terimalah penyerahan ini... terimalah taubatku...
Semoga tidak lagi aku menganiayai diri aku ini...dan menganiaya diri orang lain.
Berikanlah aku ketabahan, kecekalan untuk mengubati, meredakan.... kelukaan dalam hati aku ini.
Bicara,kata-kata itu lebih tajam daripada pedang... Itulah kata-kata Saidina Ali...
Bicara, pengakuan itu boleh membunuh....
Semoga aku boleh memaafkan....
Semoga aku bisa membersihkan hatiku ....
Semoga aku dapat mengubati kelukaanku...
Dengan sejujur-jujurnya....
Semoga akhirnya tiada lagi titik hitam walau setitik dalam hatiku ini..
Maafkan aku....
Aku sangat mengasihi dan menyayangi...
Tapi aku masih punya harga diri...
dan aku masih ada kehormatan...
serta aku masih punyai jati diri....
Maafkan aku....
Aku tidak pernah mengkhianati orang lain...
aku tidak juga membohongi...
aku menjaga bicaraku, biarpun aku sangat suka berbicara...
aku menjaga tingkah dan perlakuanku...
aku menjaga pemakaianku...
berdasarkan apa yang aku tahu, pelajari....
jika aku tidak tahu....aku akan mencari untuk tahu..
jika aku tidak bersopan....aku akan mengusahakannya...
Cuma ada yang tidak mengerti..
Walaupun aku sangat mengasihi... bukan bermakna mudahnya untuk menuding kepada aku dengan tanpa ku ketahui salahku...
Jika aku tidak buat ....mengapa kesalahan itu ditanggungkan di bahuku...
Jika orang lain yang bercerita...kenapa aku yang disangka?
Itulah yang ada dalam hatiku ini...
Tidak apa jika tidak suka....pergilah
Tidak mengapa jika tidak sayang....berlalulah
Tidak mengapa jika tidak menyenangi...pinggirkanlah...
Tidak mengapa jika membenci....jauhilah
Tidak mengapa jika tidak mahu mengerti...sisihkan
Tetapi mengapa...mengapa...mengapa... dicampakkan benih dendam hati...
Aku sudah mengikhlaskannya... jika diuji berkali-kali untuk mengetahui kesetiaan hati
Aku sudah merelakannya....Jika diduga dengan keaiban untuk membuktikan ketabahan hati..
MUNGKIN...
Tapi adalah malang sekali kerana di dalam hati ku ini ada api yang membakar cebisan-cebisan rasa yang sukar untuk dipadamkan lagi..
Aku amat menyayangi...namun dalam hatiku punya dendam tersendiri..
aku terasa telah meletakkan serendah-rendah kedudukan diri tetapi aku terasa dianiayai..
aku berusaha untuk membersih dan melembutkan hati..namun aku terasa aku tidak dihargai..
SABAR, SABAR, SABAR..... kerana itu aku membiarkan ia berlalu...ku harapkan pergi juga rasa itu dalam hati... namun aku sentiasa ingat, apatah lagi apabila hijab itu dibukakan...pada hati dan mindaku ini...
Sebenarnya aku ingin mendoakan kemusnahan, kejatuhan, kehancuran.... TETAPI, itu bukan aku. Aku tidak pernah mendoakan semua itu... pada oranglain.. Namun bukan juga itu membolehkan aku difitnah dan dianiaya. Aku memang tidak sesempurna mereka yang seperti itu...tapi aku masih tahu, mengetahui...jalan mana yang aku terus pilih....jalan menuju yang satu.
Biarpun aku tidak sehebat mereka...tapi aku ada DIA dalam hatiku...DIA jugalah pelindungku..
Jika dia tidak berikan balasan itu, pasti DIA tahu apa yang perlu.
Aku ingin meluahkan segala-galanya...namun aku tahu ada hak-hak yang perlu aku jaga dalam ukhuwah ini... Aku faham kesakitan dan keaiban itu amat perit... Aku mengerti, Islam itu syumul...Islam itu akhlak mulia... Aku pernah merasainya...biarpun aku akan kalah dan tewas untuk menggapai kehebatan di dunia tidak mengapa.... Aku tahu DIA sentiasa bersama dalam suka dan duka, gagal dan jaya.
Aku bermohon DIA ampunkan aku... Aku ingin membebaskan semua ini dari hati ini..mengizinkannya dengan sejujurnya seratus peratus... menguraikan ikatan itu yang membelenggu.... terutama titik-titik hitam itu...
Doakan aku....
KERANA AKU INGIN SEKALI KETENANGAN ITU JIKA AKU MEMAAFKAN....DAN AKU INGIN MENGUBATI KELUKAAN-KELUKAAN ITU JIKA AKU MENGIKHLASKAN...
SEMOGA MENGERTI DAN MEMAHAMI..... WASALAM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan