Selasa, Mei 19, 2009

MENGAPAKAH INI YANG BERLAKU

ASSALAMUALAIKUM....

Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Setiap sesuatu kejadian itu pasti ada sebabnya. Apa yang ditentukan itu pasti ada yang tersirat di sebaliknya dengan segala kebaikan yang ditentukan oleh ALLAH subhanawataala.

MAAFkan aku mencatat segalanya ini dalam halaman ini.. Mungkin ia bukan masalah kepada sesiapa. Usah bimbang kerana aku hanya ingin mencatat sesuatu dari perspektif aku.

Kadang-kadang aku rasakan tiada serinya dalam hidup kita ini. Apabila kita dalam meniti kejayaan dan kebahagiaan kita itu, kita tidak dapat memperlihatkan keberkongsian kepada kegembiraan itu sendiri. Wajah kita sendiri umpama menggambarkan banyak kedukaan dalam hati kita ini. Sedangkan Allah sedang menunaikan permintaaan kita satu persatu. Keteguhan hati kita kadang-kadang tergugat dek banyaknya kepayahan yang terpaksa kita lalui... dek kesukaran masalah yang datang bertimpa-timpa. Namun ia hanyalah ujian untuk kita merasakan kemanisan dalam perjalanan hidup kita itu.
Kita kadang kala menjadi seorang yang sangat perasa. Sedangkan berkawan lama dan mengenali antara satu sama lain dengan baik. Kita ingin sekali berubah tetapi kita berubah dalam keadaan kita tidak menjadi diri kita sendiri. Kadang-kadang semua itu kita lakukan kerana terpaksa. NAMUN, apa yang kita putuskan, tindakan yang kita ambil perlulah pada landasan yang sewajarnya. Kita cuba menjadi orang lain, orang baru, orang yang mengalami perubahan...mempunyai anjakan paradigma.... akan tetapi kita bukan berubah malahan kita hanya menipu diri kita sendiri. Mengaku menggunakan lidah yang tidak bertulang kita gembira melaluinya, kita riang meneruskan... Menjadi oranglain yang bukan diri kita. Pembohongan semata-mata. Bagaimana kepercayaan itu wujud dalam keadaan kepercayaan itu sendiri dikhianati. Dikhianati oleh kepercayaan kita sendiri. Mengapakah ini yang berlaku. Tanyalah iman ....adakah itu yang kita harapkan. Sesuatu yang sangat kita cintai dan sukai itu tidak semesti baik untuk kita. Begitu juga sebaliknya. Teruskan perjalanan ini dengan ikhlas kerana kita sudah berjanji. Betapa pun kebanyakan kebencian, ketidakpuasan hati terhadap sesuatu...jika ia tidak bertepatan dengan niat yang betul.. semua itu akan kelihatan janggal, dangkal...merumitkan. Janji itu juga bukan hanya ucapan, kata-kata tetapi ia sesuatu yang mesti dibuktikan. Kecuali jika kita menjadi berani menafikan segala sesuatu yang diucapkan oleh bicara kita itu.
Mengapakah ini berlaku. Mengapa ada kehambaran dan kekosongan di mana-mana. Bukankah perjalanan demi perjalanan telah kita pilih dalam menyelusuri perjalanan kita kepada ALLAH. Tidakkah kita bersyukur dengan semua ini. Hati ini juga merasakan sedikit kekesalan. Entah, tidak tahu datang dari mana... ada sedikit kesedihan di dalamnya..ada sedikit kekecewaan di dalamnya.... ada sedikit kegusaran di dalamnya.... ada sedikit kesangsian di dalamnya... jika yang sedikit itu dicampurkan maka akan menggunung pula kekesalan itu. Semoga segala sesuatu itu bukan pilihan kerana keterpaksaan. Ikhlas dari hati kita. Semoga perjalanan kita masing-masing akan sentiasa dirahmati, diberkati dengan sesungguhnya.

Bimbangnya dalam hati ini. Risaunya dalam hati ini. Sedihnya dalam hati ini. Aku cuba untuk menyelesaikannya segala kerumitan dan kesulitan ini dengan sebaik mungkin. Aku berharap tidak akan ada lagi tautan dan pautan dalam perjalanan itu yang bakal menghalang kelancaran semua itu. Semoga apa sahaja yang dilakukan akan memberikan banyak kebajikan kepada kita mahupun orang-orang di sekeliling kita. Sedikit yang menyakitkan itu pasti berlaku jika kita redha... perjuangan dalam apa bentuk sekalipun mesti diteruskan dengan tabah. Biarlah sesiapa yang akan bersalah sangka... Tiada siapa tahu aturan agenda ALLAH kepada kita atau sesiapa sahaja. Redha ALLAH kepada kita, pasti mendapat tempat dalam apa keadaan sekalipun.
Apabila kita memulakan langkah, semoga kita tidak akan berpatah balik...semoga hingga ke akhirnya. Setiap kita punyai tanggungjawab... setiap seorang daripada kita ada hak antara satu sama lain. Semoga kita sentiasa ingat, hablumminnas wa hablumminallah... Melalui ukhuwah sesama manusia, semoga akan menerbitkan hubungan baik kita kepada ALLAH.
Ada ketika-ketikanya kita sering meniti di bibir orang lain. Mungkin kerana kesilapan dan kekurangan kita. Atau mungkin kerana seorang pelupa... yang hebat dan mulia itu semata-mata ALLAH tetapi kita memakaikannya kepada diri kita sendiri. Ada kalanya kerana apabila kita berkata-kata, ia tidak kita kotakan. Atau juga mungkin kerana dalam hati kita punyai titik hitam yang tidak kita sedari... kita menyakini, kita suci...kita bersih...kita murni...tetapi mungkin hanya kita yang merasakan begitu... Namun mujur kita diberikan kesempatan untuk sedar, untuk membetulkannya.... cuma apakah pilihan kita? Tiada jawapan yang pasti. Apa yang kita mampu lakukan ....perbaikinya, perbetulkannya...dan BERDOA. Semoga kita tidak mengalami atau melakukan perkara yang sama... pada masa-masa akan datang kita lalui. Semoga segala penghujung jalan itu, kita benar-benar menuju DIA yang satu. Semoga suatu masa nanti tiada persoalan-persoalan yang timbul...Mengapakah ini yang berlaku.
Jika sudah ditakdirkan, itu semua adalah ujian dan dugaan. DIA masih sangat menyayangi kita. DIA tidak mahu kita jauh dariNYA. Itulah hakikatnya. Dalam satu-satu masa, DIA akan memberi sedikit kesukaran, namun DIA juga pasti memberikan pada satu bahagian lagi kemudahan. Sekiranya kita tidak melalui kesukaran itu, kita pasti tidak mengetahui manisnya perjalanan hidup ini. Hitung-hitungkanlah.... Berapa banyak kesukaran yang DIA berikan, dan berapa banyak pula kegembiraan dan kebahagiaan yang DIA kurniakan. Usahlah kita sesali, rungsingkan.... setiap masalah itu pasti ada ppenyelesaiannya. DIA yang terbaik untuk kita, untuk segala-galanya di dunia mahupun akhirat.
Dalam perjalanan kita itu, semoga akan ada banyak senyuman keredhaan dalam hati kita... Semoga ia akan terpapar di wajah kita dengan pancaran nur yang berseri dan gemilang... Semoga melalui mata kita, sesiapa pun akan melihat kebahagiaan kita kerana semua aturan dan anugerah ILLAHI kepada kita yang sangat memerlukan DIA dalam hidup kita. Kita mesti bersyukur dan ikhlas dengan segalanya. Kepahitan hari lalu dan hari ini pasti akan berlalu. Apabila DIA menghilangkan mentari sebentar di balik awanan, menurunkan hujan.... kita tidak akan tahu apa yang akan berlaku seterusnya... Semoga DIA akan memberikan kita pelangi yang cantik... Jika tiada, pasti akan ada harinya DIA memberikan sinar yang begitu cemerlang atau hujan lebat yang menyirami bumi tandus... agar hidup akan sesempurna mungkin... SENYUMlah demi harimu yang bahagia dan demi rahmat ALLAH yang melimpahruah...
CUKUPLAH CATATAN INI UNTUK TATAPAN BERSAMA... CERIAKAN HIDUPMU...CERIAKANLAH HIDUP KALIAN... ALLAH AMAT MENGERTI KITA DAN MEMBERIKAN YANG TERBAIK UNTUK KITA....
Wassalam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan